Tiang Seri Negara Alaf
Baharu
Pada hari ini, remaja
merupakan struktur masyarakat yang baru membentuk sebuah tiang seri yang kukuh dengan nilai jati diri yang
unggul. Sekiranya, tiang seri itu rapuh , maka bangunan yang ingin dihasilkan
akan runtuh menyembah bumi. Maka itu, mengimbau semula cogan pemimpin Negara “
Pemuda Harapan Bangsa , Pemudi Tiang Negara “ adalah perlu sama sekali. Sudah
terang lagi bersuluh , adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat
kini untuk menerapkan nilai-nilai yang standing di peringkat antarabangsa dalam
kalangan generasi muda iaitu dari segi akhlak , sahsiah tinggi , berdaya saing
malah berilmu pengetahuan. Sesuai dengan falsafah Negara yang mengandungi 5 prinsip utama iaitu jasmani , emosi , rohani
, intelek dan sahsiah (JERIS). Sekiranya perkara ini mampu dijayakan dengan
baik maka Wawasan 2020 yang dicanangkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia
ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat diakhiri dengan kejayaan yang amat
bermakna buat seluruh Negara. Jadi, bagaimana harus kita memupuk dan melahirkan
modal insan sebegini ?
Sudah tentu jawapannya
adalah melalui sistem pendidikan. Pendidikan awal seharusnya bemula di peringkat rumah. Ibubapa
memainkan peranan yang penting sebagai role model dan juga modal insan kenapa
anak-anak mereka terutamanya dari segi aspek keagamaan dan kesopanan. Madah
pujangga Arab ada mengatakan “jika kamu ingin melihat keagungan sesuatu bangsa
maka lihatlah peribadi kaum belianya”. Maka itu, ibubapa merupakan medium dan
juga alat kepada pembangunan modal insan yang berkredibiliti ini. Pendidikan
diteruskan pula di sekolah, sekiranya kelima-lima prinsip rukun Negara Malaysia
sentiasa dilaungkan semasa perhimpunan rasmi sekolah maka sudah pasti
prinsip-prinsip ini akan tersemat dalam jiwa remaja pada hari ini. Kata orang
“melentur buluh biarlah dari rebunganya” merupakan ungkapan yang cukup sesuai
bagi mentakrifkan tanggungjawab kita sebagai masyarakat kini dalam membentuk
modal insan yang diingini ini. Intihanya, sistem pendidikan sememangnya mampu
untuk melahirkan modal insan yang bertaraf antarabangsa sekaligus mampu
bersaing dengan pewaris Negara dari Negara lain.
Antara langkah
seterusnya adalah melalui peranan kerajaan,. Kerajaan kita pada hari ini
seharusnya peka dengan tahap dan kualiti remaja Malaysia. Bukan itu sahaja ,
kerajaan juga seharusnya menyediakan beberapa inisiatif baharu dengan
mempertingkatkan pembukaan institusi permata pintar agar remaja pemikiran kelas
minda pertama mampu dibentuk. Kerajaan juga sepatutnya menganjurkan beberapa
kempen-kempen yang bertemakan “Pewaris Negara” agar remaja pada hari ini sedar
bahawa merekalah golongan yang terpilih dalam menggempalai pucuk kepimpinan
Negara pada masa hadapan. Benarlah kata Professor Masnah Mohamad, “ Remaja pada
hari ini berada di persimpangan jalan sama ada untuk terus menjadi kanak-kanak
ataupun bergerak kepada golongan dewasa”. Jelas, bahawa kerajaan juga memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai kelas minda
pertama yang mampu menjadikan Negara kita “duduk sama rendah , berdiri sama
tinggi” dengan Negara maju yang lain.
Satu lagi langkahnya
adalah melalui Peranan masyarakat. Masyarakat pada hari ini, seharusnya sedar
bahawa tanggungjwab yang dipikul mereka pada hari ini hanyalah sementara dan
akan disambung pula oelh generasi seterusnya. Mengadakan program belia
merupakan antara langkah yang dapat dilakukan oleh masyarakat kini. Sebagai
contoh, masyarakat di sesebuah petempatan mampu menganjurkan Program Guru Muda
yang mampu melatih remaja pada hari supaya berani menampilkan diri ke depan.
Bukan itu sahaja, melalui program ini, kita bukan sahaja mampu melath diri
mereka untuk berkomunikasi malah dapat meningkatkan moral dalam diri mereka
untuk terus Berjaya. Sesungguhnya seseorang individu pada frasa ini akan
sentiasa diselembungi oleh sifat ingin tahu. Sebagai penghias kata Perdana
Menteri Soerkarno pernah berkata “ berikan aku sepuluh orang dewasa, aku hanya mampu
menelangkup perahu yang kosong namun berikan aku sepuluh orang remaja, aku
mampu mengusasai dunia”. Tegasnya, peranan mesyarakat juga amat penting dalam
menempa remaja kini.
Sedar atau tidak,
organisasi bukan kerajaan juga memainkan peranan yang penting sebagai medium
kepada pembentukan remaja yang bercirikan kepimpinan. Hal ini demikian kerana
melalui penglibatan organisasi bukan kerajaan (NGO) mereka ini mampu untuk
menganjurkan aktiviti lapangan seperti kem-kem yang berasaskan ciri kepimpinan.
Kesannya , tidak mustahil Negara kita Malaysia mampu melahirkan lebih ramai
Sultan Muhammad al-Fateh di dunia ini. Keperibadian baginda juga telah
membuktikan bahawa remaja juga mampu untuk menguasai dunia bukan sahaja
golongan dewasa. Maka itu, sekiranya organisasi ini sentiasa menganjurkan
pelbagai jenis program-program seperti ini kita mampu untuk mengukir bakat
“outdoor” para remaja pada hari ini agar sentiasa bersedia dalam semua keadaan
sekalipun. Mahupun begitu, penglibatan golongan remaja ini juga mampu
membuatkan nama Negara harum di mata dunia apabila penglibatan remaja Malaysia
saban hari mula terpapar di dada akhbar dunia pada hari ini.
Pada penutup bicara
ini, ingin diingatkan sekali bahawa remaja merupakan asset Negara yang amat
berharga dan perlu dipelihara untuk kepentingan masa hadapan Negara. Sebelum
nasi menjadi bubur, marilah setiap lapisan masyarakat seharusnya mengambil
objektif ini sebagai arah tuju baharu dalam melahirkan modal insan yang Berjaya.
Sebagai permata Negara juga , mereka ini seharusnya yakin diri, tidak mudah
putus asa, yakin diri , tidak malu bertanya dan membuang perasaan diri. Remaja juga
seharusnya mempunyai sikap sentiasa tidak puas hati akan kejayaan yang sedikit
mahupun sederhana sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mencapai
kejayaan demi kejayaan. Sudah tiba masanya untuk dunia beralih pandangannya
pula kepada Negara kita,Malaysia. Akhir kata, bagi melahirkan remaja seperti
ini semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing dalam melahirkan remaja
yang mempunyai sejumlah kualiti diri yang tinggi terutamanya dari segi
akademik,kokurkulum,disiplin mahupun sahsiah yang tinggi.
No comments:
Post a Comment