Pewaris
Wahai generasi muda,
Kita merupakan perwira
negara
pada zaman baharu,
Yang bakal menempuh
pelbagai
Hentaman ombak
bergelora,
Era ini gelanggang
kita,
Perjuangan ini
pengorbanan kita.
Kini,
Kita adalah pendekar
di alaf baharu,
Yang akan terus utuh
dengan
Semangat cintakan
Negara,
Siapa lagi jika bukan
kita,
Yang akan menangkis
petualang
Pada zaman ini.
Hari ini,
Kita adalah satu,
Satu Malaysia,
Kita bukan lagi satu
bangsa
Yang berbeza,
Tetapi,
Kita adalah bangsa
Malaysia.
Ingatlah,
Pasti akan ada seteru
yang akan
menggugat keamanan
ini,
Bersedialah
menghadapinya,
Wahai anak muda,
Kerana engkaulah
Pewaris Negara.
-MUHAMMAD RIDHZUAN B.
ABDUL HALIM
4 UPSILON
No comments:
Post a Comment